Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan M'sia letak jawatan
Encik Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), berkuat kuasa 30 Jun ini.
Encik Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Encik Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), berkuat kuasa 30 Jun ini.
Felda dalam kenyataan hari ini, menyatakan Encik Megat Zaharuddin memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan itu semalam (24 Jun).
“Perjalanan hidup kita mengandungi 'perhentian’ dan ‘permulaan’. Saya memikir apakah lagi rancangan Allah pada diri saya,” kata Encik Megat Zaharuddin dalam kenyataan itu.
Felda menyatakan Pengerusi baru bakal diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Encik Mohamed Azmin Ali, kerana Felda adalah agensi yang bernaung di bawah kementerian berkenaan.
Encik Megat Zaharuddin yang dilantik sebagai pengerusi agensi itu pada 26 Julai tahun lepas, sudah berusaha keras memahami rapat isu-isu Felda, terutamanya berkaitan warga peneroka di sepanjang tempoh tersebut.
"Di bawah pentadbiran beliau, beberapa inisiatif pelan transformasi diperkenal dan diketengahkan untuk meneraju Felda semula ke tahap kelestarian dan kegemilangan.
"Beliau juga sudah menyusun atur dan memperkenalkan misi, visi dan nilai teras baru Felda, agar organisasi itu mampu menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif,” menurut kenyataan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.