Pengendali tapak perkhemahan di M'sia tidak jelas lesen diperlukan untuk kendali tapak perkhemahan
Pasukan menyelamat pada 17 Dis 2022 meneruskan usaha mencari mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Malaysia. (Gambar: AP/Vincent Thian)
Encik Nga mendedahkan bahawa tapak perkhemahan tersebut beroperasi tanpa lesen daripada Majlis Bandaraya Hulu Selangor, di mana kebun itu terletak.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pengendali tapak perkhemahan yang dihubungi Mediacorp nampaknya tidak tahu tentang keperluan mendapatkan lesen untuk mengendalikan perniagaan mereka.
Ada juga yang bimbang kejadian itu akan menjejas perniagaan mereka dalam jangka masa panjang tetapi mengalu-alukan sebarang garis panduan atau keperluan yang boleh memastikan keselamatan peserta perkhemahan.
Encik Farizal Shaari, pemilik kem Greenstone di Padang Rengas, Perak berkata bahawa walaupun beliau mempunyai lesen perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia, beliau tidak mempunyai sebarang lesen khusus untuk mengendalikan tapak perkhemahan tersebut.
Beliau memberitahu Mediacorp bahawa Kementerian Pelancongan dan Budaya sebelum ini, mengarahkannya ke majlis tempatan yang kemudian memberitahunya bahawa tapaknya bukan dalam bidang kuasa mereka.
"Sekarang, kami dibiarkan tergantung (selepas kejadian). Lesen apa yang anda bicarakan?," katanya, sambil menambah bahawa mereka beroperasi seperti biasa buat masa ini kerana tidak mendapat sebarang arahan untuk menutup tapak perkhemahan.
Encik Nga belum menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai pelesenan tapak-tapak perkhemahan.
KEBANYAKAN TAPAK PERKHEMAHAN TIDAK MEMPUNYAI LESEN: PENGENDALI
Malaysiakini melaporkan jurucakap tapak perkhemahan Father's Organic Farm Frankie Tan sebagai berkata bahawa pelbagai entiti kerajaan, termasuk Jabatan Pertanian, memberitahu mereka bahawa tiada permohonan bagi mendapatkan lesen sedemikian yang boleh dibuat para pengendali tapak perkhemahan.
“Bukannya kami tidak mahu memohon tetapi tidak ada cara untuk kami memohon,” katanya dipetik Malaysiakini," kata Encik Tan, dipetik oleh agensi berita Malaysiakini.
Encik Tan berkata beliau mula menyediakan perkhidmatan perkhemahan pada 2017 berikutan permintaan yang dibuat oleh pengunjung.
Apabila dihubungi Mediacorp, Encik Tan tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu itu.
Anggota Majlis Eksekutif Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor Hee Loy Sian dipetik oleh agensi berita The Star sebagai berkata bahawa negeri itu tidak mempunyai garis panduan khusus untuk mengawal selia tapak perkhemahan dan mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk merangkanya.
Seorang pemilik tapak perkhemahan di Batang Kali, yang enggan dinamakan, juga mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebuah lesen bagi operasinya, yang ditutup pada hujung November disebabkan musim tengkujuh.
Terdapat beberapa tapak perkhemahan di Hulu Selangor, yang terkenal dengan aktiviti pelancongan eko.
Dalam satu kenyataan pada Selasa (20 Dis), Majlis Daerah Hulu Selangor berkata bahawa tiada lesen khusus untuk tapak perkhemahan tetapi menjadi tanggungjawab mana-mana pengusaha perniagaan untuk memfailkan permohonan dengan pihak berkuasa tempatan dan memastikan perniagaan mereka selari dengan rancangan yang diluluskan.
Bagi aktiviti perkhemahan, majlis itu menyatakan bahawa lesen pusat rekreasi persendirian boleh dipertimbangkan, namun ia tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan kebenaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.