Pengendali lapangan terbang harus atasi perubahan penerbangan di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah: pakar

Pengawal selia penerbangan Singapura mengarahkan semua pesawat Boeing 737 MAX digantung buat sementara. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
KUALA LUMPUR: Pengendali lapangan terbang harus proaktif dalam memanfaatkan dan melaksanakan langkah yang sesuai untuk menangani perubahan pada waktu pesawat berlepas dan tiba, supaya ia dapat mengurangkan sebarang keadaan huru-hara di lapangan terbang sekiranya konflik di Timur Tengah memburuk, kata pakar penerbangan.
Menyusuli ketegangan antara Iran dan Israel, ruang udara Iran ditutup sementara buat beberapa hari sebelum dibuka semula pada Sabtu (20 Apr).
Manakala sejumlah syarikat penerbangan merata dunia mengelak ruang udara tersebut, termasuk Malaysia Airlines.
Pakar ekonomi (penerbangan dan aeroangkasa) Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Profesor Madya Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata penutupan ruang udara itu akan menjejas pergerakan penumpang, terutamanya destinasi di Iran.
"Selain itu, penutupan tersebut menyebabkan penerbangan dilencongkan daripada laluan biasanya, oleh itu, ekonomi kewangan penerbangan tidak optimum.
“Penggunaan dan pembakaran bahan api akan meningkat, tempoh penerbangan akan bertambah dan penerbangan akan dijadualkan semula,” katanya kepada Bernama.
Encik Mohd Harridon berkata penerbangan yang dijadualkan semula harus mempertimbangkan faktor seperti mengurangkan kelewatan waktu ketibaan dan waktu berlepas pesawat, mengurangkan masa mempersiap pesawat dan menggunakan tenaga kerja yang optimum di pintu masuk.
Bagi syarikat penerbangan pula, beliau berkata syarikat sedemikian boleh mengoptimumkan operasi penerbangan melalui sejumlah model matematik seperti simulasi Monte Carlo, pemodelan sumber dan lain-lain untuk mengurangkan isu tersebut.
Encik Mohd Harridon berkata kaedah itu dapat membantu mengurangkan dan dari segi susut nilai kos, yang sebaliknya patut meningkat disebabkan penutupan ruang udara Iran.
“Memandangkan Iran adalah negara pengeluar minyak, penutupan ruang udaranya mempunyai kesan politik, di mana bekalan logistik minyak dan pengeluarannya dari Iran akan berubah dan menjejas harga minyak mentah,” tambahnya.
Pengasas Endau Analytics dan penganalisis penerbangan Shukor Yusof berkata, konflik di Timur Tengah akan mencetuskan kemudaratan kepada syarikat penerbangan, terutamanya penerbangan antara benua, antara Asia Tenggara dan Eropah.
Ini kerana kos bahan api dan insurans kemungkinan akan meningkat sekiranya konflik tersebut tidak diselesaikan dengan segera, atau lebih teruk lagi jika ia berlarutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.