Pengendali 5G berkait SG dipilih secara bebas, tidak langgar tadbir urus, tegas Menteri Komunikasi Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/U Mobile)
KUALA LUMPUR: Para pegawai kanan tidak terlibat dalam keputusan berhubung pengendali rangkaian telekomunikasi 5G kedua Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selepas keputusan itu menimbulkan keraguan dalam kalangan pemain pasaran.
U Mobile Sdn Bhd adalah salah satu pengendali terkecil di Malaysia dan ia mengatasi bidaan oleh dua pengendali rangkaian mudah alih terbesar Malaysia, Maxis Bhd dan CelcomDigi Bhd, menurut New Straits Times.
“MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), sebagai sebuah badan bebas, telah menjalankan penilaian yang sewajarnya melalui proses tender yang dilaksanakan,” kata Encik Fahmi, seperti dipetik dalam Malay Mail.
"Mengenai isu pegangan saham ... Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (dipilih) secara bebas, menteri, timbalan menteri tidak terlibat dalam sebarang proses penilaian," kata Encik Fahmi di Parlimen pada Khamis (7 Nov).
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pada Khamis (7 Nov) mengenai sama ada pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian kedua dipengaruhi oleh "mana-mana individu tertentu dalam syarikat", tanpa menamakan sesiapa secara khusus.
MCMC ialah pengawal selia bagi industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Encik Hassan juga bertanya mengapa U Mobile, yang 48.28 peratus dimiliki oleh Straits Mobile Investments Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura, dipilih sebagai penyedia rangkaian 5G kedua.
Straits Mobile Investments, pemegang saham majoriti U Mobile, juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings.
Encik Fahmi berkata pemilihan pengendali rangkaian mudah alih itu tidak melanggar sebarang syarat yang ditetapkan.
"Dari perspektif pegangan saham asing dan tempatan, keputusan ini (untuk memilih U Mobile) tidak melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan," jawab menteri komunikasi itu.
Encik Fahmi, yang dipetik oleh The Edge, menambah bahawa proses pemilihan itu diuruskan sepenuhnya oleh MCMC dan menjelaskan bahawa ia dijalankan melalui proses "menyeluruh", bukan diberikan secara langsung.
Di Malaysia, pegangan saham asing maksimum yang dibenarkan untuk pembekal perkhidmatan rangkaian ialah 49 peratus, katanya.
Sementara itu, U Mobile komited untuk mengurangkan pegangan asing kepada 20 peratus, yang dibangkitkan oleh Encik Fahmi di Parlimen.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.