Skip to main content

Dunia

Pengembara Perancis yang hilang ditemui mati di Itali

Mayat seorang pengembara Perancis yang hilang sejak sembilan hari lalu di selatan Naples ditemui pada Ahad, menurut pihak berkuasa Itali.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengembara Perancis yang hilang ditemui mati di Itali

Pengembara berasal dari Perancis, Simon Gautier, yang hilang pada 8 Ogos 2019. (Gambar: Heloise GREGOIRE/AFP)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 08:43AM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 08:44AM

POLICASTRO BUSSENTINO, ITALI: Mayat seorang pengembara Perancis yang hilang sejak sembilan hari lalu di selatan Naples ditemui pada Ahad, menurut pihak berkuasa Itali.

"Mayat Simon Gautier ditemui sebentar tadi," menurut pihak berkuasa di Sapri, berhampiran Belvedere di Ciolandre, tempat pengembara berusia 27 tahun itu ditemui mati.

Gautier membuat panggilan meminta bantuan pada 9 Ogos lalu dengan berkata beliau terjatuh ke dalam tebing dan kedua-dua kakinya patah namun tidak dapat mengenal pasti tempat beliau berada selain "di tengah-tengah kawasan terpencil, dekat pantai".

Keluarganya mengadu bahawa para penyelamat mengambil masa terlalu lama untuk melancarkan pencarian itu.

Menurut media Itali, Gautier ditemui di dasar gaung setelah seorang penyelamat dengan teropong ternampak beg galasnya.

Pasukan bomba dan penyelamat serta helikopter dan dron melakukan pencarian di kawasan pergunungan serta tebing yang bersempadan dengan laut.

Gautier menetap di Rom selama dua tahun untuk menyelesaikan tesis mengenai sejarah seni. Beliau pergi mengembara bersendirian dari Policastro Bussentino ke Naples dan sebelum itu telah menghantar gambar beg galas beliau kepada keluarganya. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita