Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengeluaran sijil kelahiran di Sabah tertangguh gara-gara kehabisan bekalan kertas

Pengeluaran sijil kelahiran di Sabah tertangguh disebabkan kertas yang digunakan untuk mencetak dokumen berkenaan habis, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengeluaran sijil kelahiran di Sabah tertangguh gara-gara kehabisan bekalan kertas

Pengarah JPN Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin menunjukkan contoh kertas sijil kelahiran yang kekurangan bekalan. (Gambar: freemalaysiatoday)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 08:39PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 08:46PM

KOTA KINABALU: Pengeluaran sijil kelahiran di Sabah tertangguh disebabkan kertas yang digunakan untuk mencetak dokumen berkenaan habis, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin.

Beliau berkata stok kertas sijil kelahiran JPN Sabah pada tahun ini adalah sebanyak 24,801 keping namun terputus bekalan dan kehabisan stok pada awal Oktober lalu.

"Setakat ini, sijil kelahiran yang tertangguh atau menunggu stok untuk cetakan adalah kira-kira 3,200 permohonan. Kelewatan pengeluaran sijil lahir berkenaan adalah disebabkan kekurangan bekalan sijil ekoran bekalan kertas yang digunakan adalah diimport daripada pengilang di China.

“Kelewatan bekalan kertas tiba di Malaysia disebabkan kejadian banjir di negara berkenaan baru-baru ini. Semakan mengesahkan bekalan kertas berkenaan sudah tiba di negara ini dan melepasi pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 6 Disember lalu," katanya pada sidang media hari ini (10 Dis).

Baru-baru ini, tular dalam media sosial beberapa individu dari negeri ini mengeluh kerana menunggu lama namun tidak dapat mencetak sijil kelahiran anak mereka.

Khairrul Aminus berkata kertas berkenaan sudah diterima oleh syarikat percetakan pada 8 Disember bagi proses cetakan sijil kelahiran dan kertas sijil lahir berkenaan, dijangka tiba ke seluruh Sabah serta boleh dikeluarkan selewat-lewatnya 20 Disember nanti.

“JPN ingin memohon maaf atas kelewatan dan kesulitan yang berlaku...ia adalah di luar kawalan JPN.

"Sekiranya terdapat pelanggan yang terkesan atau memerlukan surat pengesahan kelahiran daripada JPN, sebagai contoh untuk tujuan penerbangan ke Semenanjung Malaysia atau Sarawak, bolehlah memohon di JPN," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP), JPN Negeri Sabah di talian 088-488300 atau 088-488301 atau 088-488365.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan