Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengeluaran karbon dioksida dunia berkurangan 7% pada 2020

Pengangkutan darat membentuk sekitar seperlima daripada pengeluaran gas karbon dioksida iaitu gas pemerangkap haba utama dihasilkan manusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengeluaran karbon dioksida dunia berkurangan 7% pada 2020

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Dec 2020 09:36AM Dikemas Kini : 11 Dec 2020 09:38AM

CANBERRA: Sekatan yang dilaksanakan merata dunia disebabkan COVID-19 mengurangkan pengeluaran gas karbon diosikda tahun ini sebanyak 7 peratus iaitu pengurangan paling besar pernah berlaku, menurut perangakaan awal yang baru.

Projek Karbon Global, ssebuah kumpulan bertauliah yang terdiri daripada puluhan saintis antarabangsa yang menjejak pengeluaran gas, membuat kiraan bahawa dunia melepaskan 34 bilion tan metrik gas karbon dioskida ke udara pada 2020.

Jumlah itu lebih rendah daripada 36.4 bilion tan metrik pada 2019, menurut satu kajian diterbitkan Khamis (10 Dis) dalam jurnal Data Sains Sistem Bumi.

Para saintis berkata pengurangan itu terutamanya disebabkan orang ramai berada di rumah, kurang melakukan perjalanan dengan kereta dan kapal terbang dan pengeluaran gas tersebut dijangka melonjak semula selepas pandemik berakhir nanti.

Pengangkutan darat membentuk sekitar seperlima daripada pengeluaran gas karbon dioksida iaitu gas pemerangkap haba utama dihasilkan manusia.

Sumber : AP/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan