Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengeluaran bekalan telur ayam di M'sia dijangka kembali pulih jelang hujung tahun

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata ia didorong oleh usaha kerajaan melalui kementerian yang terlibat untuk memudahkan kemasukan pekerja di sektor pertanian dan lain-lain sejak Januari.

“Insya-Allah pada tahun ini pengeluaran telur ayam mencukupi dan mampu sampai ke tahap eksport pada hujung tahun,” katanya di majlis bersama diaspora Malaysia di Indonesia pada Sabtu (19 Mac).

Bagaimanapun, beliau berkata risiko termasuk perubahan iklim dan penyakit akan terus diberi perhatian kerana boleh memberi kesan kepada pengeluaran.

Pada 16 Disember lalu, kementerian bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran itu akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil.

“Setelah kemasukan telur ayam import, bekalan sekarang mulai stabil dan di peringkat ini, kita boleh hentikan import itu bila-bila masa sebab kita mahu utamakan pengelur telur tempatan,” kata Encik Mohamad.

Beliau dan pegawai tinggi kementerian sedang melakukan lawatan kerja selama tiga hari sehingga Isnin (13 Mac) untuk melihat pendekatan baru yang diguna pakai Indonesia dalam meningkatkan hasil pertanian padi.

Encik Mohamad berkata mereka berpeluang meninjau kejayaan pesawah yang penghasilannya mencukupi untuk seluruh rakyat Indonesia seramai 276 juta orang.

“Ini akan memberi semangat kepada petani kita untuk berjaya sekiranya mereka berkerja seperti petani di sini meskipun subsidi yang diberikan lebih rendah berbanding di Malaysia,” katanya.

Menurut Encik Mohamad, kementeriannya mahu mempercepatkan tahap Tahap Sara Diri (SSL) beras negara daripada 65 peratus sekarang kepada 75 peratus menjelang 2025 dan seterusnya 80 peratus pada 2030.

“Ia akan tercapai jika hasil ditingkatkan kepada purata tujuh tan metrik per hektar daripada lima tan metrik per hektar,” katanya sambil menambah ada beberapa tempat yang sudah mencapai 10 tan metrik setiap hektar.
Sumber : Bernama/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan