Pengeluar vaksin bangkit rasa bimbang lepas panel Amerika tolak suntikan hepatitis B untuk bayi
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pengeluar vaksin melahirkan kebimbangan terhadap keputusan oleh panel penasihat Amerika Syarikat pada Jumaat (5 Dis) untuk menolak saranan yang dikeluarkan sejak sekian lama, agar semua bayi menerima vaksin hepatitis B semasa lahir. Perubahan itu dikhuatiri boleh menjejaskan kemajuan kesihatan awam yang dicapai sepanjang beberapa dekad lalu.
Syarikat Merck, pengeluar vaksin Recombivax HB yang digunakan dalam program imunisasi kanak-kanak di Amerika Syarikat, menyatakan ia "sangat bimbang" dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Amalan Imunisasi CDC (ACIP), sambil memberi amaran bahawa ia "meletakkan bayi dalam risiko jangkitan kronik, barah hati dan juga kematian yang tidak perlu."
Menurut syarikat itu, sejak tahun 1991, dos vaksin yang diberikan ketika bayi lahir membantu mengurangkan kes hepatitis B akut sehingga 99 peratus dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda. Ia menyatakan, tiada bukti yang menunjukkan bahawa menangguhkan pemberian vaksinasi tersebut membawa sebarang manfaat. Pakar penyakit berjangkit, serta badan-badan yang mewakili pakar pediatrik, ahli farmasi dan karyawan kesihatan awam mengecam langkah tersebut.
Hepatitis B, yang boleh merebak daripada ibu kepada anak pada saat kelahiran, boleh menyebabkan penyakit hati yang teruk dan kematian awal, serta tiada penawarnya. Menurut Yayasan Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit, dos hepatitis B yang diberikan semasa lahir mencegah lebih 500,000 jangkitan dalam kalangan kanak-kanak, mengurangkan kes bayi yang dijangkiti sebanyak 95 peratus dan mencegah kira-kira 90,100 kematian.
Namun, data tersebut dikritik oleh ramai ahli jawatankuasa ACIP, yang dilantik oleh Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Khidmat Manusia Amerika, Robert F. Kennedy Jr., yang sudah lama curiga terhadap penggunaan vaksin. Menurut para anggota panel ACIP, jadual vaksin Amerika tidak selari dengan negara lain, terutamanya Denmark, yang mempunyai kadar hepatitis B yang rendah.
GSK menyatakan ia tetap yakin dengan bukti saintifik yang menyokong vaksinnya dan sedang menunggu penerimaan rasmi CDC terhadap saranan tersebut untuk menilai kesannya.
Vaksinnya, Engerix-B, diluluskan sejak tahun 1989, dengan 1.4 bilion dos diberikan di seluruh dunia.
Saham Merk dan GSK masing-masing susut kira-kira 1 peratus susulan keputusan tersebut. Saham Sanofi, sebuah lagi pengeluar suntikan hepatitis B, yang disenaraikan dalam bursa Amerika, meningkat kira-kira 0.7 peratus.
Panel ACIP kini mengesyorkan hanya bayi yang dilahirkan oleh ibu yang diuji positif hepatitis B harus menerima dos pada saat kelahiran. Ibu bapa bayi yang ibunya diuji negatif dinasihatkan untuk membuat pilihan sendiri, selepas berunding dengan penyedia jagaan kesihatan, tentang bila atau sama ada memulakan siri suntikan vaksin.
Merck menggesa jawatankuasa tersebut agar menyertakan semula badan perhubungan dan pakar klinikal barisan hadapan kepada kumpulan kerjanya, sambil menyifatkan rundingan yang diterajui oleh pakar perubatan dan saintifik satu langkah "penting untuk memberi saranan yang bernas dan berasaskan bukti, yang melindungi kesihatan awam."

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.