Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengeluar kopi tertua di Pulau Pinang bersedia kembangkan perniagaan ke seluruh M'sia

Pengeluar kopi tertua di Pulau Pinang, Sin Boon Kee Factory yang menghidangkan kopi bermutu dan beraroma kepada penduduk Pulau Pinang selama 79 tahun, bersedia untuk mengembangkan operasinya ke seluruh Malaysia dengan lebih banyak variasi produk.

Anggaran Waktu Membaca:

GEORGE TOWN: Pengeluar kopi tertua di Pulau Pinang, Sin Boon Kee Factory yang menghidangkan kopi bermutu dan beraroma kepada penduduk Pulau Pinang selama 79 tahun, bersedia untuk mengembangkan operasinya ke seluruh Malaysia dengan lebih banyak variasi produk.

Jonathan Chan Heng Liang, 31 tahun, waris generasi keempat berkata kilang itu diasaskan oleh moyangnya Chan Kok Tong pada tahun 1944 dengan tujuan hanya untuk menyediakan kepada kopitiam tempatan di negeri itu tetapi beliau mempunyai impian yang besar untuk syarikat.

"Saya menyertai syarikat tujuh tahun lepas dan bermula dengan mempelajari setiap proses di kilang yang mengambil masa dua tahun. Selepas saya memahaminya, saya mula memperkenalkan produk baru dan ayah saya sangat menyokong dan menggalakkannya.

"Saya mahu mengembangkan lagi syarikat ini, justeru, antara perubahan yang saya buat ialah membangunkan produk untuk pengguna akhir seperti minuman paket tiga dalam satu dan membuka kedai kopi kami sendiri iaitu SBK Coffee Concept Store pada 2020," katanya kepada Bernama.
 
Mengenai kapasiti pengeluaran, Encik Jonathan berkata syarikat itu mampu menghasilkan sehingga 1,000 kg serbuk kopi sehari dengan 10 tenaga kerja pada masa ini di kilang, sambil menambah bahawa Sin Boon Kee Factory masih menggunakan modal insan untuk menghasilkan kopi yang paling beraroma dan bermutu.

Beliau berkata semua produk itu kemudiannya akan dihantar kepada pelanggannya yang terdiri daripada 1,000 kopitiam/kedai kopi di seluruh negara.

"Kami kilang kecil tetapi kami telah membekalkan di peringkat tempatan selama lebih 79 tahun.

"Kami merancang untuk berpindah ke kilang baru juga di Pulau Pinang pada tahun depan supaya kami dapat meningkatkan kapasiti kami untuk menampung operasi kami yang meningkat termasuk mewujudkan lebih banyak cawangan SBK Coffee Concept Store," katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa kedai dalam perancangan termasuk dua di Pulau Pinang serta tiga hingga lima kios di Kuala Lumpur.
 
Encik Jonathan berkata keputusan untuk mempunyai kedai kopinya sendiri dibuat selepas produk terbarunya, Royal Black Coffee, yang daripada empat jenis biji kopi ditolak oleh pengusaha kopitiam berikutan harganya yang lebih mahal.

"Rasanya sedikit berbeza daripada 'kopi o' tradisional walaupun ia kelihatan sama dan harganya agak mahal, justeru pengusaha kopitiam tidak dapat menjualnya. Kami mempunyai kira-kira 800 pelanggan kopitiam di Pulau Pinang dan lebih 700 menolaknya.

"Biasanya, kopi yang kami bekalkan kepada kopitiam berharga sekitar RM15 (S$4.61) sekilogram, tetapi Royal Black Coffee berharga sekitar RM40 (S$12.30) sekilogram. Ini yang menyebabkan kami membuat keputusan untuk membuka kedai kami sendiri untuk menjual kopi, yang berharga RM5.90 (S$1.81) secawan," katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan