Pengeluar EV China berdepan tekanan tutup atau kurangkan operasi pada 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SHANGHAI: Berpuluh-puluh syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China dijangka melalui detik kritikal pada 2026, menurut para penganalisis.
Ini berikutan permintaan tempatan yang semakin lemah dan dijangka menyebabkan syarikat-syarikat yang mengalami kerugian terpaksa keluar daripada pasaran kereta terbesar dunia.
Kira-kira 50 pengeluar EV yang tidak menjana keuntungan di China berdepan tekanan untuk mengurangkan atau menamatkan perniagaan.
Ini kerana sektor automotif negara itu dijangka mencatatkan jualan merosot tahun depan - penurunan pertama sejak 2020 - disebabkan masalah keupayaan berlebihan industri dan kurangnya sokongan daripada pemerintah.

Sementara itu, para pembeli pula bergelut dengan subsidi tunai dan insentif cukai yang akan berakhir.
Pasaran kereta tempatan dijangka menyaksikan penurunan penghantaran tahun depan walaupun syarikat pengeluar menawarkan diskaun besar untuk menarik minat para pembeli, menurut ramalan konsensus kalangan penganalisis automotif.
Beijing dijangka mengumumkan sama ada subsidi penukaran kenderaan bernilai 20,000 yuan (S$3,654.55) akan disambung pada Januari.
Pembeli EV kini dikecualikan daripada cukai pembelian sepuluh peratus.
Mulai Januari, pembelian itu akan dikenakan cukai lima peratus sehingga kadar cukai biasa sepuluh peratus pada 2028.
Deutsche Bank pada bulan lalu meramalkan bahawa jumlah penghantaran kenderaan di negara itu akan merosot lima peratus pada 2026.
Pada Oktober, JPMorgan meramalkan jumlah jualan kereta di China, termasuk kereta petrol dan EV, boleh menurun antara tiga hingga lima peratus tahun depan.
Ramalan itu menekankan bagaimana keupayaan berlebihan menyebabkan beberapa pusingan perang diskaun yang sengit sepanjang tiga tahun lepas, yang menjejaskan keuntungan pengeluar kereta tempatan.
Semua pengeluar EV China juga melabur berbilion dolar dalam kajian dan penyelidikan untuk mendapatkan kelebihan teknologi berbanding pesaing, yang menekan prospek pendapatan mereka.
Hanya beberapa pengeluar EV China termasuk BYD, pembina kereta elektrik terbesar di dunia dan Seres yang disokong Huawei Technologies berjaya mencatatkan keuntungan sepanjang tempoh sama.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.