Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengeluar barangan berlumba-lumba raih sokongan bintang Hollywood jelang Oscar

Menjelang malam Anugerah Oscar di Amerika Syarikat, banyak pengeluar barangan berlumba-lumba untuk meraih sokongan bintang-bintang Hollywood untuk mempromosi barangan masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengeluar barangan berlumba-lumba raih sokongan bintang Hollywood jelang Oscar
Diterbitkan : 23 Feb 2019 08:56PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 08:59PM

LOS ANGELES: Menjelang malam Anugerah Oscar di Amerika Syarikat, banyak pengeluar barangan berlumba-lumba untuk meraih sokongan bintang-bintang Hollywood untuk mempromosi barangan masing-masing.

Selain beg-beg cenderahati, para bintang juga dijemput ke dewan khas menempatkan pelbagai barangan yang ingin dipromosi.

Untuk menarik sambutan ramai ada syarikat yang berikrar untuk mendermakan bekalan peralatan sekolah selama setahun kepada seorang budak yatim di Myanmar, bagi setiap bintang Hollywood yang hadir.

Ada juga yang menjanjikan lawatan ke Bali, Uganda atau rawatan spa.

Matlamatnya, untuk menumpang dan memanfaatkan populariti para bintang Hollywood untuk meningkatkan penjualan barangan masing-masing.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan