Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengedar dadah ditahan, miliki meth dan ecstasy untuk cuti hujung tahun di Bali

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pegawai Polis Bali menahan seorang pengedar dadah yang menerima sejumlah besar narkotik untuk diedar dan dijual semasa cuti hujung tahun.

Andi Prayitno, 40 tahun, didapati memiliki satu kilogram methamphetamine dan 2,000 pil ekstasi pada Jumaat (2 Dis) selepas beberapa minggu di bawah pengawasan, lapor portal berita tempatan The Bali Sun.

“Pihak berkuasa mengetahui suspek akan mengambil barang yang disimpan di sebuah hotel di Legian. Selepas mengambil barang yang disimpan di lobi hotel, polis melakukan serbuan,” kata ketua pesuruhjaya polis Denpasar, Bambang Yugo Pamungkas.

Beliau berkata kejayaan membongkar kes ini bersamaan dengan menyelamatkan 5,000 nyawa daripada mengambil dadah terlarang.

Pengedar dadah itu kini berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun.

“Suspek sudah lama terlibat. Ini kali pertama dia ditahan,” kata Unit Narkotik Polis Denpasar, Penolong Pesuruhjaya Mirza.

Beliau berkata siasatan kini akan ditumpukan kepada mengenal pasti dari mana dadah itu dibawa masuk ke Bali.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan