Pengebumian mangsa pengganasan Christchurch diteruskan; 2 belia antara dikebumikan
Dua peminat bola sepak termasuk remaja yang mengimpikan untuk menjaringkan gol bagi kelab bola sepak Manchester United antara mangsa pembunuhan beramai-ramai dua masjid di New Zealand yang dikebumikan hari ini (21 Mac).

Surat yang ditulis untuk Allahyarham Sayyad Milne (Gambar: AFP)
CHRISTCHURCH: Dua peminat bola sepak termasuk remaja yang mengimpikan untuk menjaringkan gol bagi kelab bola sepak Manchester United antara mangsa pembunuhan beramai-ramai dua masjid di New Zealand yang dikebumikan hari ini (21 Mac).
Ratusan penduduk, termasuk pelajar, berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir penuh emosi kepada Allahyarham Sayyad Milne, 14 tahun dan Allahyarham Tariq Omar. Mereka antara 50 mangsa tembakan rambang pengganas kulit putih Jumaat lalu.
Bapa Allahyarham Sayyad, John Milne, berkata anak lelakinya ditembak mati ketika bersolat di Masjid Al Noor, lokasi pertama daripada dua tempat yang menjadi sasaran pelampau Australia, Brenton Tarrant.
Encik Milne, sebelum ini menggambarkan Sayyad sebagai ‘anak baik’ dan ‘amat istimewa’, yang ingin bermain untuk kelab bola sepak di utara England itu.
Orang ramai tiba di tanah perkuburan dalam barisan panjang, pelajar wanita berusaha memastikan tudung mereka sempurna di tengah keadaan berangin.
Mereka adalah rakan sekolah Sayyad di Cashmere High School dan Hamza Mustafa yang dikebumikan pada Rabu.
Allahyarham Tariq Omar, 24 tahun, pula menjadi jurulatih pasukan bola sepak remaja, juga di sekolah yang sama.
Pengarah Akademi Christchurch United, Colin Williamson, menggambarkan Allahyarham Omar sebagai ‘individu baik dengan hati luar biasa dan sukakan tugasnya sebagai jurulatih’.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.