Pengebumian beramai-ramai diadakan bagi mangsa banjir tidak dikenal pasti di Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
PADANG: Pihak berkuasa Indonesia mengadakan upacara pengebumian beramai-ramai pada Rabu bagi 24 mangsa banjir dan tanah runtuh yang tidak dapat dikenal pasti di wilayah Sumatra Barat, menyusuli bencana alam dahsyat yang melanda kawasan itu pada akhir November lalu.
Upacara pengebumian itu berlangsung di kawasan Bungus, Padang, dengan kerjasama antara pemerintah wilayah dan Polis Daerah Sumatra Barat.
Jenazah-jenazah tersebut sebelum ini ditempatkan di Hospital Bhayangkara Padang untuk proses pengecaman, namun tiada waris tampil menuntut mereka selepas lebih seminggu.
“Kami sudah berusaha sedaya upaya untuk mengenal pasti semua mangsa.
"Namun, bagi 24 jenazah ini, tiada keluarga yang tampil. Maka, kami memberikan penghormatan terakhir secara kolektif,” kata Setiausaha Daerah Sumatra Barat Arry Yuswandi.
Bencana banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda daerah Agam dan sekitarnya meragut lebih 235 nyawa, menjadikannya antara tragedi alam terburuk di wilayah itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Hujan lebat berterusan selama beberapa hari menyebabkan sungai melimpah dan lereng bukit runtuh, menenggelamkan rumah serta memusnahkan prasarana.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi cabaran besar dalam mengakses kawasan terjejas, terutamanya di daerah Malalak yang paling teruk dilanda.
Ramai mangsa ditemui dalam keadaan tidak dapat dikenali akibat kesan bencana yang teruk.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa pengebumian ini dilakukan dengan penuh hormat mengikut prosedur agama dan adat tempatan.
Wakil masyarakat, pegawai pemerintah, dan pasukan penyelamat turut hadir memberikan penghormatan terakhir.
Sementara itu, usaha pemulihan dan bantuan kemanusiaan masih diteruskan, dengan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.
Pemerintah Indonesia mengumumkan bantuan kecemasan dan mempercepatkan pembinaan semula infrastruktur asas di kawasan terjejas.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.