Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengeboman Sri Lanka: Amaran diberi 10 hari lalu tapi diabaikan

Pegawai atasan risikan Sri Lanka dikatakan sudah mengetahui terlebih dahulu tentang serangan pengeboman pada Ahad (21 Apr) yang mengorbankan ratusan jiwa, namun tidak menghiraukannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengeboman Sri Lanka: Amaran diberi 10 hari lalu tapi diabaikan

Kakitangan keselamatan dan para penyiasat Sri Lanka meneliti serpihan letupan di luar Gereja Zion berikutan satu letupan di Batticaloa, timur Sri Lanka, pada 21 April, 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 12:49PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 12:50PM

COLOMBO: Pegawai atasan risikan Sri Lanka dikatakan sudah mengetahui terlebih dahulu tentang serangan pengeboman pada Ahad (21 Apr) yang mengorbankan ratusan jiwa, namun tidak menghiraukannya.

Astro Awani melaporkan, Menteri Telekomunikasi Sri Lanka Harin Fernando mendakwa pegawai risikan menyedari mengenai amaran serangan itu namun tindakan lewat diambil.

Dalam catatan beliau di laman Twitter, Encik Fernando melampirkan memo bertarikh 11 April yang memberi amaran tentang serangan itu dan ditandatangani Timbalan Ketua Polis Sri Lanka, yang turut meminta tahap keselamatan dipertingkat.

Bernama melaporkan Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe mengesahkan maklumat itu dalam satu sidang media pada Ahad.

Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa punca mengapa tiada tindakan diambil menyusuli maklumat itu, akan disiasat.

Beliau menambah buat masa ini, keutamaan adalah untuk memberkas dalang-dalang yang bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Encik Wikremesinghe turut mendedahkan bahawa Sri Lanka amat menghargai sokongan serta kerjasama negara-negara lain dalam menangani insiden itu jika terbukti serangan tersebut mempunyai hubungan dengan luar negara. 

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa