Skip to main content

Dunia

Pengebom nekad gereja Indonesia anggota kumpulan penyokong ISIS

Pengebom nekad gereja Indonesia anggota kumpulan penyokong ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengebom nekad gereja Indonesia anggota kumpulan penyokong ISIS

Pengebom nekad gereja Indonesia anggota kumpulan penyokong ISIS. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 29 Mar 2021 07:40AM Dikemas Kini : 29 Mar 2021 07:42AM

JAKARTA: Salah seorang pengebom nekad yang melancarkan serangan ke atas sebuah gereja di Jakarta pada Ahad (28 Mac) ialah dari sebuah kumpulan yang menyokong kumpulan pelampau ISIS yang dipersalahkan bagi serangan-serangan bom ke atas gereja-gereja lain di Indonesia dan Filipina.

Demikian menurut Ketua polis Listyo Sigit Prabowo.

"Penyerang ialah sebahagan daripada kumpulan JAD yang melakukan pengeboman di Jolo, Filipina," kata ketua polis itu merujuk kepada rangkaian pelampau Jamaah Ansharut Daulah.

Bom yang digunakan dalam serangan pada Ahad itu adalah bom periuk tekanan, kata Encik Prabowo.

Dua suspek pengebom nekad dalam insiden serangan itu maut manakala lagi 20 orang cedera, termasuk beberapa kakitangan dan penganut yang menghadiri upacara ibadat semasa kejadian.

Ketua menteri keselamatan negara pada Ahad juga mengesahkan bahawa serangan itu adalah seranga bom nekad, pengesahan pertama yang dibuat oleh pihak berkuasa.

"Serangan bom nekad berlaku di gereja di Makassar," kata Menteri Penyelaras bagi Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Mahfud MD kepada para wartawan di Jakarta.

"Kedua-dua pengebom nekad maut."

Beliau juga mengarahkan polis dan tentera supaya memperketat kawalan keselamatan di rumah-rumah ibadat di merata negara.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya bersabar sedang pihak berkuasa menyiasat rangkaian di sebalik serangan itu.

Satu rakaman video yang diperolehi daripada The Associated Press menunjukkan bahagian-bahagian tubuh bergelimpangan berdekatan sebuah motosikal yang terbakar di pagar Gereja Sacred Heart of Jesus di Makassar, yang terletak di ibu kota wilayah Sulawesi Selatan.

KUMPULAN PERTAMA PENGANUT SEDANG KELUAR DARI GEREJA

Rev Wilhelmus Tulak, seorang paderi di gereja itu berkata beliau baru sahaja selesai menjalankan upacara keagamaan apabila tiba-tiba bunyi letupan yang kuat mengejutkan mereka yang menghadiri upacara sembahyang.

Beliau berkata, letupan itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi semasa kumpulan pertama penganut sedang berjalan keluar daripada gereja dan satu lagi kumpulan sedang memasukinya.

Beliau berkata para pengawal keselamatan di gereja berasa curiga terhadap dua lelaki yang menunggang motosikal yang mahu memasuki bangunan tersebut dan apabila bersemuka salah seorang lelaki itu meletupkan bom.

Polis kemudian menyatakan kedua-dua penyerang maut serta-merta dan bukti yang dikumpulkan di tempat kejadian menunjukkan salah seorang daripadanya ialah wanita.

Encik Prabowo bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau menjelaskan bagaimana mereka dikenal pasti.

Tidak diketahui juga sama ada pasangan itu adalah suami isteri.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita