Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembuat bom Bali, Umar Patek bakal bebas; kesali peranan sebagai pembuat bom

Umar Patek dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun pada 2012 kerana terlibat dalam pengeboman dua kelab malam di Bali yang membunuh 202 orang termasuk 88 warga Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembuat bom Bali, Umar Patek bakal bebas; kesali peranan sebagai pembuat bom

Umar Patek. (Gambar: OSCAR SIAGIAN / AFP)

Diterbitkan : 30 Aug 2022 11:59AM Dikemas Kini : 07 Dec 2022 11:44PM
JAKARTA: Seorang militan Indonesia yang akan dibebaskan menyatakan kekesalan atas peranannya dalam insiden pengeboman maut di Bali pada tahun 2002.

Berita mengenai pembebasannya mencetuskan kebimbangan dan kemarahan di Australia.

Umar Patek dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun pada 2012 kerana terlibat dalam pengeboman dua kelab malam di Bali yang membunuh 202 orang termasuk 88 warga Australia.

Dia layak mendapat parol bulan ini selepas mendapat bon berkelakuan baik.

Bagaimanapun, tarikh sebenar pembebasannya masih belum jelas dan tandatangan terakhir akan diserahkan kepada Menteri Kehakiman Indonesia.

Memetik rakaman video di Penjara Porong tempat Umar Patek ditahan, penyiar Australia, ABC News melaporkan, dia juga berharap dapat mendidik golongan muda Indonesia tentang bahaya ekstremisme agama selepas dibebaskan kelak.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata, pembebasan Umar Patek akan memberi "impak yang dahsyat kepada keluarga mangsa".

Menurut laporan ABC Australia, Penjara Porong Jawa Timur di mana Umar Patek ditahan sejak 2014 memuat naik video Umar Patek selama 20 minit dan ketua penjara berjalan-jalan di kawasan penjara di mana mereka membincangkan peranannya dalam serangan maut itu.

Kata Umar Patek, kesilapannya ialah terlibat dalam pengeboman tersebut.

Semasa perbicaraannya pada 2012, peguam Umar Patek berhujah dia hanya mengikut arahan apabila memasang bom dan tidak merancang mahupun melaksanakan serangan itu.

Pihak berkuasa Indonesia sejak itu telah menonjolkan Patek sebagai contoh usaha deradikalisasi negara tersebut.
Sumber : Agensi berita/AW/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan