Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengawal selia Internet China ambil tindakan keras bendung 'maklumat palsu' COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawal selia Internet China ambil tindakan keras bendung 'maklumat palsu' COVID-19

Para penumpang tiba di stesen kereta api Hongqiao di Shanghai pada 20 Jan 2023, sedang orang ramai pulang ke kampung halaman mereka menjelang perayaan Tahun Baharu Cina. (Gambar: AFP/Hector RETAMAL)

SHANGHAI: Pengawal selia utama Internet China memberi amaran bahawa ia akan membanteras "maklumat palsu" yang menyebarkan pandangan negatif tentang jangkitan COVID-19 sepanjang Tahun Baru Cina.

Amaran itu dikeluarkan oleh Pentadbiran Ruang Siber China (CAC), sedang ia melancarkan kempen pembersihan selama sebulan.

Ia dikeluarkan dua bulan selepas Beijing membuat keputusan mengejut untuk memansuhkan dasar sifar COVID-19.

Namun pemansuhan sekatan tersebut mengakibatkan lonjakan kes jangkitan yang meletakkan sistem perubatan di bawah tekanan yang serius.

Dalam satu kenyataan CAC di lamannya pada Selasa lalu (17 Jan), ia menekankan bahawa satu tumpuan kempen tahun ini adalah "pembetulan yang tuntas terhadap maklumat palsu".

Amaran tersebut dikeluarkan sedang beratus-ratus juta orang pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ini sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pergerakan beramai-ramai itu akan menyebabkan satu lagi gelombang jangkitan COVID-19.

CAC turut menyatakan ia akan menyiasat dan menangani berita palsu tentang trend wabak dan dasar pencegahan terkini.
 
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan