Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengawal selia Indonesia dedah jenama mi segera selamat meski ditarik balik di Taiwan, M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pengawal selia makanan Indonesia pada Khamis (27 Apr) mendedahkan bahawa satu produk popular daripada salah satu jenama mi segera terbesar di dunia, adalah selamat untuk dimakan di negara tersebut.

Ini meskipun Taiwan dan Malaysia sudah menarik balik penjualan mi segera tersebut di negara masing-masing disebabkan kebimbangan berhubung kemungkinan kehadiran bahan karsinogenik, menurut laporan yang dipetik daripada agensi berita Reuters.

Taiwan pada Isnin (24 Apr) menarik balik produk Indomie perisa "ayam spesial", sejenis mi segera popular di Indonesia, yang dihasilkan Indofood CBP. Ia menjelaskan bahawa ia sudah mengesan etilena oksida karsinogenik tersebut, iaitu kandungan bahan yang meningkatkan risiko barah.

Sementara itu, Malaysia pada Rabu (26 Apr) mengarahkan agar pemeriksaan dijalankan ke atas produk yang serupa itu di semua tempat kemasukan dan meminta Indofood menarik balik produk berkenaan, lapor Reuters.
Agensi makanan dan ubat-ubatan Indonesia (BPOM) bagaimanapun menyatakan bahawa produk tersebut yang tersedia di Indonesia selamat dimakan memandangkan ia memenuhi standard keselamatan. Ia menggesa Indofood CBP supaya memastikan produk tersebut tidak mengandungi tahap etilena oksida yang tinggi.

Sebelum ini, pemerhati pengguna dan penggubal undang-undang kanan dalam jawatankuasa kesihatan parlimen Indonesia menggesa agar BPOM melaksanakan pemeriksaan ke atas produk tersebut.


Menurut laporan agensi berita Reuters, Indofood CBP enggan mengulas pada Khamis, sementara syarikat induknya tidak memberi sebarang respons kepada permintaan untuk mengulas.

Budi Santoso, seorang pegawai kementerian perdagangan Indonesia, memberitahu para wartawan bahawa produk Indomie di Indonesia adalah selamat dan syarat-syarat yang ditetapkan di Taiwan "adalah sangat sensitif, berlainan dengan kami."
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan