Pengawal selia EU akan umumkan jika vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech diluluskan bagi remaja 12-15 tahun
Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) akan mengumumkan pada Jumaat (26 Mei) sama ada ia meluluskan suntikan vaksin koronavirus Pfizer-BioNTech bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun, menurut pengawal selia itu.
(Gambar: Reuters)
THE HAGUE: Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) akan mengumumkan pada Jumaat (26 Mei) sama ada ia meluluskan suntikan vaksin koronavirus Pfizer-BioNTech bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun, menurut pengawal selia itu.
Sekiranya diluluskan, ia akan menjadi vaksin pertama yang mendapat lampu hijau bagi kumpulan usia remaja itu di 27 negara Kesatuan Eropah.
Pfizer kini diluluskan bagi kegunaan individu berusia 16 tahun ke atas.
EMA akan memberi taklimat pada Jumaat untuk "mengumumkan hasil mesyuarat luar biasa jawatankuasa perubatan manusia EMA ... untuk membincangkan hasil pediatrik bagi Comirnaty", menurutnya dalam emel pada Rabu (26 Mei).
Comirnaty merujuk kepada jenama vaksin yang dicipta oleh syarikat gergasi farmasi Amerika Syarikat Pfizer dan firma penyelidikan Jerman BioNTech.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat telah meluluskan Pfizer bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.
Ketua EMA, Emer Cooke berkata awal bulan ini bahawa badan pemantau yang berpangkalan di Amsterdam sedang menyegerakan kelulusan untuk orang muda, yang pada awalnya dijangka pada Jun.
Beliau memberitahu akhbar Eropah pada 11 Mei bahawa pengawal selia itu telah menerima data Pfizer-BioNTech dan "kami dijanjikan data dari ujian klinikal dan kajian yang dilakukan di Kanada dalam dua minggu akan datang, dan kami akan mempercepatkan penilaian kami" .
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.