Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengawal selia Eropah, AS keluarkan amaran ancaman serangan siber dari Rusia

Bank Pusat Eropah sedang mempersiapkan bank-bank bagi sebarang kemungkinan serangan siber yang ditaja oleh Rusia sedang ketegangan dengan Ukraine memuncak.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawal selia Eropah, AS keluarkan amaran ancaman serangan siber dari Rusia

Bendera-bendera Kesatuan Eropah (EU) berkibar-kibar di luar ibu pejabat Suruhanjaya EU di Brussels, Belgium. (Gambar: REUTERS/Francois Lenoir)

Diterbitkan : 09 Feb 2022 11:47AM Dikemas Kini : 09 Feb 2022 11:47AM

FRANKFURT: Bank Pusat Eropah sedang mempersiapkan bank-bank bagi sebarang kemungkinan serangan siber yang ditaja oleh Rusia sedang ketegangan dengan Ukraine memuncak.

Dua sumber yang mengetahui perkara itu berkata demikian ketika rantau tersebut bersiap sedia untuk menghadapi kejatuhan kewangan disebabkan oleh sebarang konflik.

Persengketaan antara Rusia dengan Ukraine membingungkan tokoh-tokoh politik dan para pemimpin perniagaan Eropah yang bimbang tentang pencerobohan yang akan menimpakan kemusnahan pada seluruh rantau itu.

Kini Bank Pusat Eropah (ECB), yang dipimpin oleh bekas menteri Perancis, Christine Lagarde - yang mempunyai pengawasan ke atas pemberi pinjaman terbesar Eropah, berada dalam keadaan berwaspada terhadap ancaman serangan siber yang dilancarkan dari Rusia ke atas bank-bank, menurut sumber itu.

Walaupun pengawal selia memberi tumpuan kepada penipuan biasa yang berkembang pesat semasa pandemik, krisis Ukraine mengalihkan tumpuannya kepada serangan siber yang dilancarkan dari Rusia, kata salah seorang sumber itu. Beliau menambah ECB sudah memeriksa dengan bank-bank tentang langkah pertahanan mereka.

Bank-bank sedang menjalankan permainan perang siber untuk menguji keupayaan mereka menangkis sebuah serangan, kata sumber berkenaan.

ECB, yang memilih untuk menangani kelemahan keselamatan siber sebagai antara keutamaannya, menolak untuk memberi komen.

Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York mengeluarkan amaran kepada institusi kewangan pada lewat Januari, memberi amaran tentang serangan siber yang bersifat untuk membalas dendam sekiranya Rusia mencerobohi Ukraine dan mencetuskan sekatan Amerika Syarikat, menurut Risikan Kawal Selia Thomson Reuters.

Sumber : Reuters/KF/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa