Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengawal peribadi Setiausaha Luar Britain dipecat kerana tertinggal pistol dalam pesawat

Seorang pengawal peribadi kepada Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab 'diipecat dari tugas operasi' selepas beliau tertinggal pistolnya di sebuah pesawat dari Amerika Syarikat (AS).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawal peribadi Setiausaha Luar Britain dipecat kerana tertinggal pistol dalam pesawat

Setiausaha Luar Negara Britain, Dominic Raab. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Sep 2020 11:59PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 12:01AM

LONDON: Seorang pengawal peribadi kepada Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab 'diipecat dari tugas operasi' selepas beliau tertinggal pistolnya di sebuah pesawat dari Amerika Syarikat (AS).

Akhbar The Sun melaporkan, pistol semi-automatik itu ditemui masih bersarung di tempat duduk oleh seorang pekerja pembersihan selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, awal pagi Jumaat.

Encik Raab berada di Washington minggu ini untuk berbincang dengan Setiausaha Amerika Syarikat, Mike Pompeo dan Wakil Speaker dari Parti Demokratik, Nancy Pelosi.

"Kami tahu mengenai insiden yang berlaku dalam sebuah pesawat yang masuk ke United Kingdom (UK) pada 18 September, hari Jumaat dan kami akan mengambil tindakan ini dengan serius.

"Pegawai itu sudah dilepaskan dari tugas operasi dan siasatan dalaman untuk menentukan tindakan selajutnya sedang diambil," kata jurucakap Polis Metropolitan London.

Ketika ini masih belum ada maklum balas daripada kementerian luar.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan