Pengawal keselamatan Piala Dunia maut, terjatuh di Stadium Lusail
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNN
DOHA: Seorang pengawal keselamatan Piala Dunia menemui ajal selepas terjatuh di Stadium Lusail.
Kemalangan itu berlaku semasa perlawanan suku akhir antara Argentina dengan Belanda Ahad (11 Dis).
John Njau Kibue, 24 tahun diberikan rawatan kecemasan dan dibawa ke hospital berdekatan sebelum meninggal dunia dalam unit rawatan rapi ICU semalam (14 Dis).
Jawatankuasa Tertinggi Qatar mengesahkan kematian Kibue itu dalam satu kenyataan dan mengumumkan siasatan akan dijalankan berhubung keadaan yang membawa kepada kematiannya.
Menurut kenyataan itu, siasatan terhadap kejadian itu menjadi satu keutamaan dan mereka juga akan memastikan keluarganya menerima segala pampasan.
Kibue merupakan pekerja asing kedua yang meninggal dunia sejak kejohanan bermula.
Terdahulu, seorang lelaki Filipina meninggal di sebuah pusat peranginan yang digunakan oleh pasukan Arab Saudi semasa peringkat kumpulan.

Sumber : Agensi berita/LL/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.