Skip to main content

Dunia

Pengasuh dipecat kerana tendang budak kurang upaya gara-gara "lampin basah"

Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah nasib yang menimpa seorang kanak-kanak kecil yang kurang upaya semasa di pusat jagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasuh dipecat kerana tendang budak kurang upaya gara-gara "lampin basah"

Petikan gambar dari video YouTube.

Diterbitkan : 12 Oct 2018 07:42PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 07:46PM

AFRIKA SELATAN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah nasib yang menimpa seorang kanak-kanak kecil yang kurang upaya semasa di pusat jagaan.

Satu rakaman menunjukkan pengasuh pusat jagaan itu menendang kanak-kanak yang tidak bermaya semata-mata kerana lampin yang dipakainya sudah basah lencun.

Wanita berkenaan begitu marah dan kelihatan memukul kanak-kanak yang tidak dapat mempertahankan dirinya menggunakan satu beg sandar (rucksack). Dia juga kelihatan berkali-kali menempeleng kepala kanak-kanak itu ketika menyalin lampinnya, lapor Daily Mail.

Bukan itu saja, wanita berkenaan berdiri sambil menengking-nengking budak bertubuh kecil itu. Malah, dia tergamak mengherdik: "Anda bodoh! Mari sini, biar saya bersihkan diri anda."

Wanita berang itu kemudian mengadu kepada rakan kerjanya: "Saya berkali-kali memberitahunya supaya jangan bergerak dan duduk diam. Dia bodoh, (tetapi) dia faham apa yang saya katakan. Dia hanya pura-pura berlagak bodoh."

Pusat jagaan tersebut dimiliki seorang doktor tempatan dan tiga kanak-kanak kurang upaya mendapatkan khidmat jagaan harian di sana, lapor media tempatan.

Wanita terbabit dipercayai sudah dipecat selepas insiden itu. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kes tersebut sedang disiasat.

Keluarga mangsa difahamkan membuat tuntutan mahkamah terhadap pusat itu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita