Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengasas parti sayap kanan Perancis Jean-Marie Le Pen tutup usia pada 96 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas parti sayap kanan Perancis Jean-Marie Le Pen tutup usia pada 96 tahun

Pengasas parti sayap kanan Perancis National Front, Jean-Marie Le Pen. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Jan 2025 08:44AM Dikemas Kini : 08 Jan 2025 08:45AM
PARIS: Pengasas parti sayap kanan Perancis National Front, Jean-Marie Le Pen, meninggal dunia pada Selasa (7 Jan) di Perancis pada usia 96 tahun, lapor Xinhua yang memetik saluran berita Perancis BFMTV.

Jean-Marie Le Pen menubuhkan parti National Front pada tahun 1972, yang kini dikenali sebagai National Rally sejak 2018.

Beliau menjadi presiden parti berhaluan kanan itu sehingga tahun 2011, sebelum digantikan oleh anak perempuannya, Marine Le Pen. Kemudian, beliau dipecat daripada parti berkenaan.

Dalam kerjaya politiknya yang panjang, Jean-Marie Le Pen mencipta kejutan apabila berjaya mara ke pusingan penentu Pilihan Raya Presiden pada 2002 menentang Presiden Perancis ketika itu, Jacques Chirac.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Le Pen.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan