Pengasas Jenama Pakaian Mango maut ketika dalam gua
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/LLUIS GENE)
BARCELONA: Isak Andic, pengasas jutawan rangkaian fesyen Mango, maut dalam kemalangan pada Sabtu (14 Dis) ketika meneroka sebuah gua berdekatan Barcelona.
Media Sepanyol melaporkan bahawa lelaki 71 tahun itu terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki di dalam gua, yang merupakan sebahagian daripada kawasan gunung, lapor BBC.
Andic bersama anak lelakinya dan beberapa anggota keluarga ketika dia terjatuh, lapor surat khabar El Pais.
Ahli perniagaan kelahiran Turki itu mengasaskan Mango dengan bantuan abangnya, Nahman, di Barcelona pada 1984 dan rangkaian itu kini mengendalikan kira-kira 3,000 cawangan di 120 negara.
Forbes menganggarkan nilai bersih Andic sebanyak AS$4.5bn (S$6.1 bilion).
Andic dilaporkan jatuh ke dalam gaung setinggi 150 meter ketika mendaki di kawasan pergunungan Montserrat yang terkenal dengan gua yang dalam.
Polis dihubungi sekitar pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan (12:00 GMT), dan sebuah helikopter serta unit gunung khusus dihantar ke tempat kejadian, lapor El Pais.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.