Skip to main content

Dunia

Pengasas Foxconn pilih pelakon Netflix sebagai calon Naib Presiden Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Encik Terry Gou, pengasas syarikat pembekal Apple, Foxconn, pada Khamis (14 Sep) berkata pasangannya bagi Pilihan Raya Taiwan tahun depan adalah Tammy Lai, seorang pelakon drama Netflix.

Selepas spekulasi berbulan lamanya, hartawan Encik Gou mengumumkan bulan lalu untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ini meskipun beliau tercorot dalam tinjauan pendapat dan ketinggalan oleh calon pilihan William Lai dari Parti Democratik Progresif (DPP), yang kini naib presiden Taiwan.

Dalam satu sidang berita di Taipei, Encik Gou memperkenalkan pelakon wanita veteran Tammy Lai sebagai calon naib presiden.

Cik Lai pernah memainkan watak sebagai calon presiden dalam drama popular Taiwan di Netflix "Wave Makers", awal tahun ini.

Dalam drama tersebut, Cik Lai akhirnya menang dalam pilihan raya.

"Minda saya terbuka dan saya memberitahu diri saya tahun lalu bahawa saya tidak akan tentukan had bagi diri saya dan say tidak sangka kedudukan sekarang," kata Cik Lai kepada para wartawan.

Encik Gou sedang cuba untuk menyatukan para pengundi anti parti DPP tetapi sejauh ini belum mencapai persetujuan dengan parti utama Kuomintang, atau parti kecil Parti Rakyat tentang cara bekerjasama.

Parti-parti lain Taiwan belum mengumumkan calon presiden masing-masing.

Menurut peraturan pilihan raya Taiwan, Encik Gou perlu mendapatkan 300,000 tanda tangan pengundi menjelang 2 November depan untuk melayakkan diri sebagai calon bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan menyemak semua tanda tangan itu dan mengumumkan keputusannya pada 14 November depan.

Encik Gou meletak jawatan sebagai ketua Foxconn pada 2019 dan bulan ini berundur sebagai anggota lembaga pengarah syarikat tersebut.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita