Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan suami akan didakwa atas tuduhan pecah amanah
Anggaran Waktu Membaca:
Vivy Yusof dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar. (Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pertuduhan ke atas pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis (5 Dis).
Mengesahkan perkara itu, Encik Azam Baki berkata, pertuduhan itu akan dilakukan di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur.
Menurut Encik Azam, kedua-dua pasangan itu ditahan SPRM pada tengah hari Selasa (3 Dis) sebelum dibebaskan dengan jaminan.
"Bagaimanapun kedua-dua mereka telah diminta hadir ke Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur untuk pertuduhan.
"Pasangan itu akan dituduh di bawah kesalahan pecah amanah (Kanun Keseksaan)," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa (3 Dis).
Siasatan ke atas pasangan itu adalah susulan pendedahan Kementerian Kewangan bahawa Khazanah dan PNB hanya memperoleh RM3.1 juta (S$930,000) hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta (S$14.1 juta) yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 (S$8.1 juta) dan RM20 juta (S$6 juta) untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.
Susulan itu, kediaman pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara diserbu dan SPRM menyita beberapa barangan termasuk 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000 (S$60,130).
SPRM turut bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pasangan itu yang bernilai kira-kira RM1.1 juta (S$330,000).

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.