Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengasas bersama Taliban kini di Kabul bincang bentuk pemerintah baru Afghanistan

Pengasas bersama kumpulan Taliban tiba di bandar Kabul pada Sabtu (21 Ogos) bagi proses pembentukan pemerintah baru di Afghanistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas bersama Taliban kini di Kabul bincang bentuk pemerintah baru Afghanistan

Pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar. (Gambar fail: KARIM JAAFAR / AFP)

Diterbitkan : 21 Aug 2021 07:51PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 07:52PM

KABUL: Pengasas bersama kumpulan Taliban tiba di bandar Kabul pada Sabtu (21 Ogos) bagi proses pembentukan pemerintah baru di Afghanistan.

Mullah Abdul Ghani Baradar bersama para pemimpin kanan Taliban dijangka melakarkan pembentukan pemerintahan yang lebih inklusif.

Pihak Taliban sebelum ini berikrar pemerintahan kali kedua kumpulan tersebut adalah berbeza daripada yang pertama pada 20 tahun lalu.

Ia mendakwa tindakannya akan dipertanggungjawabkan dan bakal menyiasat sebarang laporan tentang tindak balas atau kelakuan kejam para anggota Taliban.

Sementara itu, proses pemindahan keluar dari Afghanistan diteruskan buat hari keenam dengan ribuan orang menyerbu pintu pagar lapangan terbang Kabul.

Proses keberangkatan pada satu ketika tergendala beberapa jam selepas kemudahan ketibaan di Qatar mencapai paras kapasiti penuh.

Sumber : AFP/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan