Skip to main content

Dunia

Pengasas bersama Gojek dan mantan menteri Indonesia dihukum penjara atas kesalahan rasuah

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas bersama Gojek dan mantan menteri Indonesia dihukum penjara atas kesalahan rasuah

Nadiem Makarim, yang juga mantan menteri pendidikan Indonesia dan pengasas bersama syarikat khidmat kereta sewa Gojek, dan isterinya Franka Franklin tiba di bilik mahkamah untuk keputusan dalam kes rasuah, berkaitan pemerolehan Google Chromebook. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Jun 2026 06:13PM
  • Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Nadiem Makarim, pengasas Gojek dan bekas menteri pendidikan, atas tuduhan rasuah.
  • Nadiem menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan kes itu bermotifkan politik, dengan sokongan daripada ahli akademik dan aktivis hak asasi manusia.
  • Keputusan ini menimbulkan kebimbangan terhadap keyakinan pelabur di Indonesia, terutama selepas prestasi lemah rupiah dan saham tahun ini.
  • Agensi penarafan kredit dan pembekal indeks MSCI sedang mempertimbangkan penurunan taraf ekonomi Indonesia akibat isu ketelusan pasaran dan tadbir urus.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Mahkamah Indonesia pada Selasa (30 Jun) memutuskan bahawa Nadiem Makarim, pengasas bersama syarikat teknologi Gojek dan mantan menteri pendidikan, didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Makarim, 41 tahun, mendakwa beliau tidak bersalah, sambil berkata kes terhadapnya bermotifkan politik - dakwaan yang mendapat sokongan daripada ahli akademik dan aktivis hak asasi manusia.

Keputusan itu berpotensi menjejas keyakinan pelabur terhadap Indonesia.

Rupiah dan saham merosot tahun ini selepas pengurangan unjuran daripada agensi penarafan kredit mengenai penggubalan dasar dan kebimbangan tadbir urus yang tidak menentu, manakala pembekal indeks MSCI sedang menimbang sama ada untuk menurunkan taraf ekonomi terbesar Asia Tenggara itu disebabkan kebimbangan ketelusan pasaran.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita