Pengasas Alibaba Jack Ma pulang ke China untuk lawat sekolah di Hangzhou
HANGZHOU: Pengasas Alibaba Group Holding, Jack Ma, kembali ke China baru-baru ini selepas lebih setahun berada di luar negara.
Beliau melawat sebuah sekolah yang diasaskannya di bandar Hangzhou, iaitu pangkalan Alibaba, menurut sumber-sumber yang tahu tentang jadual Encik Ma.
Pada Isnin (27 Mac), beliau bertemu dengan para guru dan pelajar di Sekolah Yungu, sebuah sekolah privet yang menyediakan pendidikan dari peringkat tadika hingga sekolah menengah.
Sekolah itu dibiayai kumpulan pengasas Alibaba pada 2017.
Encik Ma membincangkan tentang isu-isu pendidikan dan teknologi ChatGPT bersama pihak sekolah.
Hartawan itu pulang ke China selepas singgah sebentar di Hong Kong, di mana beliau bertemu rakan-rakannya dan melawat galeri seni Art Basel.
Encik Ma kurang tampil di khalayak umum selepas beliau dikatakan mengkritik pihak pengawal atur perniagaan China.
Pihak pengawal atur China dikatakan telah membatalkan IPO Ma's Ant Group dan mengenakan denda ke atas Alibaba yang mengendalikan platform beli-belah China yang popular iaitu Taobao dan Tmall, atas dakwaan amalan tidak adil.
Encik Ma, yang sudah bersara sebagai pengerusi Alibaba pada hari jadinya yang ke-55 pada 2109, meluangkan masa melawat negara-negara lain untuk belajar tentang teknologi pertanian.
Jadual perjalanannya dipantau rapi oleh China.
Encik Ma, yang merupakan seorang bekas guru bahasa Inggeris
berkata beliau ingin menumpukan masanya selepas bersara kepada kerja-kerja kebajikan, pendidikan di kawasan luar bandar serta meneruskan minatnya dalam menghidupkan semula sektor luar bandar China.
Encik Ma pernah dilihat menghadiri acara-acara pendidikan dan pertanian di Eropah, Jepun dan China.
Pada awal tahun ini, beliau dilihat berada di Thailand untuk belajar tentang teknologi pertanian dan perikanan, selepas tiga bulan tinggal di Jepun di mana beliau mempelajari operasi dan teknologi penternakan ikan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.