Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengarah syarikat pelancongan M'sia didakwa kerana tipu pakej haji

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di Kuala Lumpur pada Jumaat (24 Feb) atas tuduhan menipu seorang warga emas berhubung pakej haji furada membabitkan kerugian RM24,000 (S$7,265) empat tahun lalu.

Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 39 tahun, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu seorang wanita berusia 69 tahun dengan memperdayakannya sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan RM24,000 (S$7,265) bagi mengerjakan haji furada menggunakan pakej haji yang ditawarkan oleh Syarikat Hiddan Travel Sdn Bhd milik tertuduh.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Majlis Perbandaran Selayang di Kuala Lumpur antara 24 hingga 26 Jun 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan rotan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Loh Xian Yee mencadangkan jaminan RM10,000 (S$3,027) dengan seorang penjamin, namun peguam Khairul Amin Abdullah yang mewakili Nur Zaidani merayu jaminan minimum atas alasan terdapat penyelesaian antara anak guamnya dengan mangsa.

Majistret Chai Guan Hock membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 (S$2,421) dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan