Pengarah syarikat didakwa sogok Annuar Musa RM7.5 juta
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ Mohd Rasfan)
KUALA LUMPUR: Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Rabu (5 Mac).
Dia dituduh menawarkan suapan RM500,000 (S$151,000) setahun selama 15 tahun bagi faedah Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ketika itu, berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur, lapor Astro Awani.
Encik Abdul Hamid Shaikh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menawarkan suapan tersebut melalui Tan Ser Lay, 60 tahun, sebagai dorongan kepada Encik Annuar untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022, seperti dipetik daripada Astro Awani.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 (S$3,019), mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.