Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengarah pendidikan, guru di Johor tolak vaksin hadap TMJ pada 27 Ogos

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Negeri dan guru-guru yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19 pada Jumaat (27 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah pendidikan, guru di Johor tolak vaksin hadap TMJ pada 27 Ogos

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: Tunku Ismail Sultan Ibrahim/Twitter melalui BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Aug 2021 07:55PM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 07:58PM

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Negeri dan guru-guru yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19 pada Jumaat (27 Ogos).

Menerusi catatan di Twitter, Tunku Ismail berkata pertemuan itu akan diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru.

"Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini.

"Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya-Allah," ujar beliau.

Awal dari itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkata para guru perlu menjadi peran contoh serta melindungi anak murid dan bukannya membahayakan mereka dengan menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Pada Ahad (22 Ogos), Tunku Ismail mengarahkan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan 779 guru di negeri itu, yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19, menghadap beliau dalam masa terdekat.

Arahan itu dibuat selepas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang, memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam bahawa terdapat golongan guru yang menolak pemberian vaksin.

Sehingga 19 Ogos, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor telahpun menerima dos pertama manakala seramai 23,746 guru sudah lengkap divaksin. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan