Skip to main content

Dunia

Pengarah komunikasi Trump letak jawatan

Bekas eksekutif Fox News, Bill Shine meletak jawatan sebagai pengarah komunikasi Presiden Donald Trump, menurut Rumah Putih, pada Jumaat (8 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah komunikasi Trump letak jawatan

Encik Bill Shine. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Mar 2019 06:20PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 06:24PM

WASHINGTON: Bekas eksekutif Fox News, Bill Shine meletak jawatan sebagai pengarah komunikasi Presiden Donald Trump, menurut Rumah Putih, pada Jumaat (8 Mac).

“Pembantu dan pengarah komunikasi Presiden, Bill Shine menawarkan peletakkan jawatannya kepada Presiden, petang semalam dan ia diterima Presiden,” menurut jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders dalam satu kenyataan.

Cik Sanders bagaimanapun tidak menyatakan sebab Shine berbuat demikian, namun memaklumkan beliau terus menyokong Presiden Trump dan agendanya serta bakal menjadi penasihat kanan Presiden untuk kempen pilihan raya 2020.

Encik Shine, 55 tahun, dilantik sebagai presiden bersama Fox News pada Ogos 2016, menyusuli peletakan jawatan mengejut ketuanya, Roger Alies yang berdepan saman gangguan seks. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita