Pengarah hospital Jordan dihukum penjara atas kematian 10 pesakit COVID-19
Sebuah mahkamah Jordan pada Ahad (5 Dis) menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas seorang pengarah hospital di negara itu atas kematian 10 pesakit di kemudahan yang merawat pesakit koronavirus.

(Gambar: Marcelo Leal/Unsplash)
AMMAN: Sebuah mahkamah Jordan pada Ahad (5 Dis) menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas seorang pengarah hospital di negara itu atas kematian 10 pesakit di kemudahan yang merawat pesakit koronavirus.
Abdel Razak al-Khashman dan empat penolongnya didapati bersalah "menyebabkan kematian" di hospital awam di Salt di mana para pesakit meninggal dunia selepas ia kehabisan bekalan oksigen.
Keputusan itu bagaimanapun boleh dirayu dalam tempoh 10 hari, menurut seorang koresponden AFP di mahkamah tersebut.
Kematian pada Mac itu mencetuskan kemarahan masyarakat di Jordan yang mendorong Menteri Kesihatan Nazir Obeidat untuk meletak jawatan.
Selepas tragedi itu, Raja Abdullah II menziarahi hospital awam berkenaan di mana ribuan orang berhimpun di luar untuk melepaskan amarah mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.