Pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6j
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis (14 Nov) atas 18 tuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk denda berjumlah RM1.6 juta (S$483,036) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Syarikat minuman dan dua pengarahnya, yang diwakili Shuib atau nama penuh Shahmira Muhamad, 40 tahun, dan Koh Choon Guan, 33 tahun, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali, seperti dinukil Sinar Harian.
Mengikut semua pertuduhan, semua tertuduh masing-masing didakwa atas enam tuduhan kerana gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26(4) akta sama.
Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) antara 1 April 2023 dengan 1 Februari 2024, seperti dinukil Sinar Harian.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(8) akta itu, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 (S$15,012) atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 (S$137,021), jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM2,500 (S$753)bagi setiap pertuduhan dengan alasan, cukai yang belum dibayar adalah tinggi mencecah jutaan ringgit, menurut laporan Sinar Harian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.