Penganut Hindu tersungkur ke dalam lubang bara api di Kuil Sri Mariamman
Seorang penganut Hindu tersungkur lalu terjerumus ke dalam lubang bara api semasa sedang menyempurnakan upacara agama di Kuil Sri Mariamman di Chinatown, menurut Lembaga Endowment Hindu (HEB) dan kuil itu dalam satu kenyataan bersama pada Selasa (22 Okt).

Kuil Sri Mariamman. (Gambar: Wikimedia Commons)
SINGAPURA: Seorang penganut Hindu tersungkur lalu terjerumus ke dalam lubang bara api semasa sedang menyempurnakan upacara agama di Kuil Sri Mariamman di Chinatown, menurut Lembaga Endowment Hindu (HEB) dan kuil itu dalam satu kenyataan bersama pada Selasa (22 Okt).
Pasukan penyelamat menarik beliau keluar dari ruang itu dan pasukan perubatan menghantarnya ke Hospital Besar Singapura, di mana beliau kini dalam keadaan stabil, tambah kenyataan bersama itu menerusi satu catatan Facebook.
Dua penyelamat juga mengalami kecederaan dan sedang beransur pulih, menurut kenyataan tersebut.
“Pihak pengurusan Kuil Sri Mariamman sudah mengunjunginya (penganut) di hospital. Kami akan terus memantau keadaannya. Doa kami bersamanya dan keluarganya,” menurut pihak kuil.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menghulurkan sokongan yang diperlukan untuk memastikan penganut itu menerima rawatan perubatan secepat mungkin,” tambah kedua-dua belah pihak itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.