Pengantin lelaki naik berang pukul isteri atas pelamin gara-gara permainan

(Gambar: @l_seiitbek/Twitter)
TASHKENT: Tular video pengantin lelaki memukul kepala pengantin wanita dalam satu majlis perkahwinan di Uzbekistan.
New York Post melaporkan pengantin lelaki bertindak memukul isterinya ketika permainan semasa majlis perkahwinan mereka.
Rakaman tular tersebut menunjukkan lelaki yang baru berkahwin itu memukul isteri di hadapan tetamu yang ketakutan.
Ia berlaku ketika pengapit masing-masing berdiri di samping pasangan berkenaan.
"Tiada siapa yang menghalangnya, tiada siapa yang (cuba) mempertahankannya," menurut ciapan seorang saksi pada Ahad (12 Jun), seperti dipetik Harian Metro.
Saksi meminta peguam untuk menyiasat insiden itu bagi memastikan pengantin lelaki bertanggungjawab.
Detik mengejutkan itu berlaku ketika satu permainan diadakan antara pasangan pengantin berkenaan.
Rakaman selama 30 saat itu menunjukkan wanita tersebut menewaskan suaminya dalam permainan dan mendorong pengantin lelaki itu untuk mengangkat tangannya.
Pengantin lelaki itu kemudian tiba-tiba dilihat mengangkat tangan kirinya dan memukul kepala isterinya.
Dalam video itu, pengantin perempuan dan pengapitnya kelihatan terkejut dan memegang kepalanya.
Tetamu segera terdiam, meskipun baru sahaja bersorakan dan pengapit pengantin lelaki dilihat memandang telefonnya, sedang muzik masih diputarkan dan lampu disko berkelipan di sekitar mereka.
Pengantin lelaki pula hanya terus berdiri di pentas, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan memandang ke arah tetamu.
Video itu kemudian menunjukkan pengantin perempuan dibantu oleh pengapitnya dan wanita lain untuk turun dari pelamin, menurut Harian Metro.
Beberapa pengguna Twitter menasihatkan wanita tersebut agar meninggalkan suaminya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.