Pengantin baru maut sejurus selepas majlis perkahwinan
Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya, hanya beberapa minit selepas majlis pekahwinan mereka.
(Gambar hiasan: AFP)
TEXAS: Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya, hanya beberapa minit selepas majlis pekahwinan mereka.
Harley Joe Morgan, 19 tahun, dan Rhiannon Boudreaux Morgan, 20 tahun, sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi dan berkahwin di Orange County, Texas pada Jumaat, lapor KFDM.
Semasa kejadian, Harley memandu kereta Chevrolet 2004 dan isterinya pula duduk bersebelahan dengannya.
Bagaimanapun, ketika memandu keluar dari lokasi majlis perkahwinan mereka, kereta mereka merempuh sebuah trak pikap Ford F-250 yang sedang menunda sebuah treler dan menarik sebuah traktor.
Kedua-dua mempelai disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Lelaki yang memandu trak pikap itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lebih menyayat hati, ibu dan adik pengantin lelaki, Cik Lashawna Morgan dan Christina Fontenot yang memandu di belakang kereta pengantin, turut menyaksikan nahas tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.