Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengantin baru ini kongsi pentas konvokesyen sehari selepas bernikah

Anggaran Waktu Membaca:
Pengantin baru ini kongsi pentas konvokesyen sehari selepas bernikah

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 28 Jan 2022 08:39PM Dikemas Kini : 28 Jan 2022 10:57PM

KUALA NERUS: Kegembiraan berganda buat pasangan suami isteri, Izran Iskandar Rosli dan Noor Syafiqah Azim Mohd Zainurin apabila berpeluang berkongsi pentas konvokesyen, sehari selepas mereka diraikan sebagai raja sehari.

Lebih bermakna lagi, Noor Syafiqah Azim yang berasal dari Semenyih, Selangor adalah penerima Anugerah Pelajaran Diraja, iaitu anugerah tertinggi pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Ke-12.

Menurut pasangan berusia 26 tahun itu, walaupun kepenatan kerana terpaksa menguruskan persiapan perkahwinan dan majlis konvokesyen dalam waktu yang sama, mereka tetap gembira dan teruja kerana kedua-duanya saat paling bermakna dalam hidup mereka.

"Selepas selesai majlis perkahwinan kira-kira pukul 9.00 malam, kami terus berkemas dan bergerak dari Semenyih ke Terengganu pada pukul 11.00 malam.

"Kalau ikutkan memang penat sangat kerana tak sempat berehat beberapa hari ini, tetapi sokongan daripada ahli keluarga yang turut hadir pada hari ini mengubat keletihan," kata Noor Syafiqah ketika ditemui selepas majlis konvokesyen mereka di UniSZA di Kuala Nerus.

Pasangan pengantin baru itu merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Infomatik Media), dengan Noor Syafiqah meraih anugerah Ijazah Pelajaran Diraja UniSZA selepas mencatatkan keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.85.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan