Skip to main content

Dunia

Penganjur pesta tanglung gagal penuhi syarat keselamatan bagi acara di Sentosa; hanya hiburan muzik dibenarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur pesta tanglung gagal penuhi syarat keselamatan bagi acara di Sentosa; hanya hiburan muzik dibenarkan

Gambar: huynhthi0303/TikTok, laman Eventbrite

SINGAPURA: Penganjur pesta tanglung di Sentosa yang gagal mengadakan acara tersebut tidak memperoleh lesen dan kelulusan yang diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat keselamatan yang diwajibkan.

Acara yang mendapat perhatian ramai itu, yang diadakan di Palawan Green pada Rabu (21 Feb), berharga S$50 setiap seorang tidak termasuk yuran tempahan.

Para peserta telah dijanjikan dengan penyalaan lilin dalam tanglung yang berwarna-warni. Tanglung-tanglung itu dikatakan akan berlegar di udara selama lima hingga 10 minit sedang ia ditambat di tanah dengan tali sepanjang 60 meter.

Namun, ramai pemegang tiket menyuarakan rasa kecewa dan marah setelah menyedari bahawa "keadaan yang tidak dijangka" telah mengubah rancangan tersebut, dengan para peserta sebaliknya diberikan lilin LED. Mereka juga disediakan dengan pena untuk menulis ucapan mereka di tanglung-tanglung itu sebelum mengikatnya pada penambat.

Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp, jurucakap Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) berkata bahawa acara tersebut dianjurkan oleh pihak ketiga, Asian Couture & Boutique, yang menyewa tempat tersebut.

"Memandangkan pihak penganjur acara tidak dapat memperolehi lesen serta kelulusan yang diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat keselamatan yang diwajibkan oleh pihak berkuasa termasuk Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), acara itu hanya boleh diteruskan dengan hiburan muzik."

SDC dimaklumkan oleh kedua-dua SCDF dan pihak penganjur mengenai kelengahan untuk memulakan acara tersebut pada petang Rabu.

"Kami mengambil tindakan segera untuk memastikan para tetamu dimaklumkan mengeni situasi berkenaan menerusi papan tanda di lokasi-lokasi utama di Palawan Green. Kemas kini secara langsung juga disediakan oleh pihak penganjur di kawasan acara tersebut," jelas jurucakap itu.

SDC memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku pada para tetamu. Ia juga mengarahkan para pemegang tiket untuk menghubungi pihak penganjur bagi mendapatkan bayaran balik: Steven Lau di talian 9455 5212 dan Shiermie Bautista menerusi emel shiermie85 [at] gmail.com dan talian 84248725.

Cik Bautista memberitahu Mediacorp bahawa semasa pemeriksaan dijalankan di tempat acara tersebut bakal diadakan ada Rabu, SCDF mendapati "kekurangan bekalan alat pemadam api bagi jumlah orang ramai yang besar".

"Kami dinasihati supaya menjadualkan semula segmen melepaskan tanglung ke hari lain," katanya, sambil menambah bahawa tiket sedia ada masih sah untuk acara yang akan dijadualkan semula "sehingga diberitahu kemudian".
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita