Penganjur Good Vibes Festival tuntut kugiran The 1975 bayar ganti rugi RM12.2 juta
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Good Vibes Festival, The 1975
PETALING JAYA: Penganjur konsert Good Vibes Festival, Future Sound Asia (FSA) menuntut kumpulan The 1975 membayar ganti rugi lebih RM12.2 juta (S$4 juta) kerana melanggar kontrak selepas kerajaan Malaysia membatalkan festival tiga hari itu.
Festival pada 21 hingga 23 Julai itu dibatalkan selepas sehari berlangsung setelah penyanyi utamanya Matty Healy mengkritik undang-undang LGBT negara itu sebelum mencium seorang anggota lelaki kumpulan itu.
Menurut laporan Malay Mail, peguam FSA David Mathew berkata wakil Healy mengemukakan jaminan bertulis sebelum persembahan bahawa penyanyi dan kugiran itu “akan mematuhi semua garis panduan dan peraturan” yang ditetapkan untuk konsert di Litar Antarabangsa Sepang itu.
“Bagaimanapun, jaminan itu tidak diendahkan, dan tindakan kumpulan itu jelas bertentangan dengan kontrak bersama FSA, yang menyebabkan festival itu dibatalkan dan kerugian pada pihak FSA,” kata Encik Mathew, lapor agensi berita Free Malaysia Today.
Dalam surat tuntutan, FSA menuntut The 1975 bertanggungjawab dan juga membayar £2,099,154.54 (S$4 juta) dalam tempoh tujuh hari.
Katanya, FSA juga akan mengemukakan saman sivil di United Kingdom sekiranya kumpulan itu gagal mematuhi tuntutan tersebut, lapor Free Malaysia Today.
FSA dalam satu kenyataan berkata, tindakan kumpulan itu melanggar perjanjian mereka dengan FSA untuk persembahan di festival tersebut.
Katanya, selain berdepan kerugian yang besar, pembatalan Good Vibes Festival memberi kesan negatif pada artis Malaysia dan perniagaan yang bergantung pada kejayaan festival itu, menurut Free Malaysia Today.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.