Penganiayaan seks kanak-kanak secara langsung di Internet semakin berleluasa
Jumlah kes kanak-kanak yang dieskploitasi untuk kegiatan seks di alam siber, di mana para pedofil yang berpangkalan di luar negara membayar pengedar tempatan untuk merogol kanak-kanak secara langsung di Internet, semakin meningkat di Filipina.

Jumlah kes kanak-kanak yang dieskploitasi untuk kegiatan seks di alam siber semakin meningkat di Filipina. (Gambar: Pichayada Promchertchoo)
MANILA: Jumlah kes kanak-kanak yang dieskploitasi untuk kegiatan seks di alam siber, di mana para pedofil yang berpangkalan di luar negara membayar pengedar tempatan untuk merogol kanak-kanak secara langsung di Internet, semakin meningkat di Filipina.
Meskipun banyak tindakan keras sudah dijalankan, kecanggihan dan keuntungan lumayan yang diraih industri seks siber terus membolehkannya berleluasa di Filipina.
Menurut Misi Keadilan Antarabangsa (IJM), jumlah operasi menyelamat dan penangkapan berhubung perdagangan seks siber yang dijalankan di Filipina meningkat dari 17 pada tahun 2015 kepada 51 pada sembilan bulan pertama tahun ini.
Pada masa yang sama, usia para mangsa semakin rendah. Ramai daripada mereka berusia 12 tahun dan ke bawah, dengan satu daripada setiap 10 mangsa adalah kanak-kanak lelaki.
IJM sudah membantu Filipina memerangi pemerdagangan seks siber sejak tahun 2016. Agensi itu membantu para pegawai polis memberkas hampir 100 suspek dan menyelamatkan lebih 370 mangsa.
"Mangsa paling muda yang IJM berjaya menyelamatkan ialah seorang bayi berusia tiga bulan," kata Sam Inocencio, Pengarah Kebangsaan IJM Filipina.

(Gambar: Pichayada Promchertchoo)
Pemerdagangan seks siber juga dikenali sebagai eksploitasi seksual dalam talian yang melibatkan kanak-kanak. Ia merupakan jenis jenayah yang baru dalam era digital ini.
Ia dilaporkan buat pertama kali pada 1998 oleh sebuah Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak yang Hilang dan Dieskploitasi, iaitu sebuah pertubuhan bukan untuk meraih keuntungan yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Ia tidak dikesan di Filipina sehingga tahun 2010 apabila ia menerima maklumat daripada pihak berkuasa luar negara.
Buat masa ini, negara itu menjadi "tapak semaian" bagi pemerdagangan penderaan seksual yang dilakukan secara langsung di Internet serta "sumber nombor satu pornografi kanak-kanak di peringkat global," menurut Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Setiap bulan, Jabatan Kehakiman Filipina menerima lebih 3,000 laporan dari luar negara mengenai kes-kes yang disyaki pemerdagangan seks siber.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.