Penganggur mengaku tidak bersalah buat hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Malaysia pada Jumaat (28 Apr) atas tuduhan mencipta dan memulakan komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui laman Facebook miliknya minggu lalu.
Muhammad Indera Mulia Ahmad, 35, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil ‘Indera Mulia’ dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 10.29 pagi, 21 April.
Hantaran berserta lampiran memaparkan gambar Sultan Johor itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Wangsa Maju, pada 24 April.
Tuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.
Sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM50,000 (S$14,936) atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 (S$299) bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Terdahulu, Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn sebelum itu menawarkan jaminan RM15,000 (S$4,481) dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh membuat sebarang hantaran mengenai kes ini sepanjang kes berjalan di mahkamah, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan dan hutang yang banyak.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 (S$2,987) dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.