Skip to main content

Dunia

Penganggur didakwa mencederakan, ugut bunuh dan simbah asid isteri

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu (11 Dis) atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh serta menyimbah asid terhadap isterinya, November lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganggur didakwa mencederakan, ugut bunuh dan simbah asid isteri

(Gambar hiasan: AFP/Getty Images/Joe Raedle)

Diterbitkan : 11 Dec 2019 09:48PM Dikemas Kini : 11 Dec 2019 09:50PM

MELAKA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu (11 Dis) atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh serta menyimbah asid terhadap isterinya, November lepas.

Mohd Saliheen Bakar, 35 tahun, yang merupakan bapa kepada empat anak membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norma Ismail.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa sengaja mendatangkan cedera terhadap isterinya yang berusia 32 tahun, menggunakan rotan berukuran kira-kira satu meter di sebuah rumah di Kampung Padang Temu di sini, pada 2.00 pagi, 17 Nov lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu dengan cara mengugut bunuh dan menyimbah asid bagi maksud hendak menakutkan mangsa di lokasi, waktu dan hari yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM20,000 (S$6,500) bagi setiap pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan itu dikurangkan.

Hakim Norma membenarkan Mohd Saliheen diikat jamin RM20,000 (S$6,500) bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenar mengacau ganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita