Pengampunan Najib ikut undang-undang, belas ihsan Agong: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim meminta supaya semua kritikan dan kecaman dihentikan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman terhadap mantan Perdana Menteri, Najib Razak.
PM Anwar turut menggesa agar keputusan itu dihormati kerana ia bukan sahaja dibuat berlandaskan undang-undang, malah atas belas ihsan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, lapor Sinar Harian.
“Pertimbangan utamanya adalah soal ihsan, belas kasihan atau apa yang disebut oleh bekas Yang di- Pertuan Agong itu sebagai mercu keihsanan."
“Sama ada Yang di-Pertuan Agong memilih untuk memberikan penjelasan atau tidak, itu wawenang (hak) Tuanku,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dewan De’Seri Endon, Puspanitapuri pada Isnin (5 Feb).
Encik Anwar menjelaskan demikian berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengurangan 50 peratus bagi tempoh hukuman penjara dan denda yang perlu dibayar oleh Najib.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.