'Pengamal sihir' dituduh bunuh empat sekeluarga di India
Mayat Encik Kanat Krishnan, 52 tahun, isterinya Cik Susheela, 50 tahun, anak perempuannya, Cik Arsha, 21 tahun, dan anak lelakinya Arjun, 18 tahun, dijumpai di kebun belakang rumah mereka minggu lalu.
INDIA: Seorang 'pengamal sihir' dituduh membunuh keluarga empat beranak di India kerana bapa dalam keluarga itu dikatakan 'mencuri kuasa ajaibnya'. Ini menurut Dailymail.
Suspek utama Aneesh, sedang diburu setelah keluarga itu ditemui dikebumikan di dalam sebuah lubang di rumah mereka di Thodupuzha di barat daya Kerala.
Mayat Encik Kanat Krishnan, 52 tahun, isterinya Cik Susheela, 50 tahun, anak perempuannya, Cik Arsha, 21 tahun, dan anak lelakinya Arjun, 18 tahun, dijumpai di kebun belakang rumah mereka minggu lalu.
Dailymail melaporkan bahawa polis mengesyaki Aneesh bertanggungjawab ke atas pembunuhan-pembunuhan itu dan mengatakan bahawa Encik Kanat juga seorang pengamal sihir hitam terkenal. Aneesh didakwa membunuh Encik Kanat dan keluarganya kerana takut kehilangan 'kuasanya' kepada ayah dua orang anak itu.
Menurut beberapa laporan, Aneesh kini sedang diburu pihak polis tetapi mereka sudah menangkap temannya Libeesh, yang didakwa membantu dengan pembunuhan tersebut.
Aneesh dipercayai membantu Encik Kanat dengan amalan 'sihirnya' sejak beberapa tahun yang lalu tetapi kemudian memutuskan untuk bergerak sendiri. Bagaimanapun, ia tidak berjalan dengan baik, munurut polis.
Penguasa Polis KB Venugopal berkata: 'Ritual yang dilakukan Aneesh tidak berhasil. Dia berpendapat bahawa ini kerana Encik Kanat sudah merampas kuasa daripadanya. Justeru dia memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah membunuhnya (Kanat).
Polis percaya bahawa Aneesh sudah merancang untuk melakukan pembunuhan itu selama berbulan-bulan dan berjaya meyakinkan teman rapatnya, Libeesh untuk membantu.
Selepas tiba di rumah Kanat, mereka dipercayai menyerang seekor kambing dengan harapan bahawa kekecohan itu akan membuat mangsa keluar rumah.
Encik Kanat keluar bersama isterinya sebelum mereka dihentak di kepala.
Menurut pengakuan Libeesh, anak perempuannya kemudian berlari keluar rumah dan memukul Aneesh dengan tiang tetapi beliau dibunuh di dapur berikutan satu pertengkaran, lapor Dailymail.
Anak lelakinya berusia 18 tahun pula diserang dengan parang di salah sebuah bilik. Semua keempat-empat anggota keluarga itu ditikam sebelum barangan berharga mereka dicuri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.