Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengalaman Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan diperlukan untuk stabilkan ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad, mempertahankan keputusan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Encik Nik Nazmi berkata pengalaman Encik Anwar sebagai Menteri Kewangan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang pernah berdepan krisis ekonomi pada tahun 1990-an diperlukan bagi menangani kemelut ekonomi yang berlaku ketika ini.

“Memikirkan soal ekonomi yang sangat tidak stabil, Encik Anwar layak kerana beliau pernah mengemudi negara pada era 1990-an (zaman krisis ekonomi), jadi kita harap dengan pengalaman itu sangat penting seseorang seperti Encik Anwar, untuk mengemudi ekonomi negara,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran bukunya, ‘Anak Malaysia: Sebuah Perjalanan Politik Progresif’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) ,di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam pada Ahad (4 Dis).

Buku yang berkisarkan mengenai kisah hidup Encik Nik Nazmi dan refleksinya tentang politik Malaysia itu, dilancarkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Sebelum ini,  Encik Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia dari 1991 hingga 1998 dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.

Ahli Parlimen Tambun itu juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia pada tahun 1990-an.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan